Keluarga Bahagia

3.7.08

Sudah setahun

Inilah dia buah hati ulam jantungku.
Khairul Bariah & Khairul Baktiar sudah berusia setahun pada 1 Jun.
Kak Ngah sudah menjangkau 11 tahun pd 18 Jun manakala Kak Cik baru mencecah 7 tahun 2 Mei lalu.
Kak Long akan menyambut hari ulang tahun ke-13 pada 10 Julai nanti.

9.4.08

KELAS 4E5N - Remaja hari Ini Boros - Apa pandangan kamu?

Remaja sekarang memang bertuah dan beruntung. Kasut bukan sepasang. Ada yang tiga empat dan mahal pula. Jam tangan tidak cukup satu.........

Setelah membaca artikel "RemajaHari Ini Boros", ms 12-13, Majalah Siswa, keluaran Mac 2008, kongsi pandangan kamu.

1 Adakah kamu boros? Mengapa?
2 Adakah teman-teman kamu boros? Mengapa?

Panjang komen/buah fikiran/pendapat/pandangan kamu tidak kurang daripada 100 patah perkataan.


Selamat membaca dan beri respons!

1.3.08

Pensyarah Undangan dalam kelas BM Men 3ENA

Moga kenangan diajar guru jemputan bermata belolok kembali segar di ingatan.

Ramai yang berpotensi menjadi penceramah atau pensyarah sambilan selepas tamat sekolah. Maklumlah teknik penyampaian dapat diaplikasikan.

Lihat sajalah teman kita ini.

27.2.08

Terima kasih

Cg ucapkan ribuan terima kasih di atas komen, pandangan, pendapat serta pujian para pelajar. Cg bersyukur ramai pelajar sedar akan etika meluahkan perasaan dalam jurnal maya serta halal dan haram 'berblogging' ini.

Cg harap para pelajar memanfaatkan wadah ini. Tulis apa saja yang kamu rasa, alami, fikirkan, ramalkan serta pandangan kamu terhadap kejadian seharian baik peringkat diri sendiri, masyarakat, negara mahupun dunia.


Gunakan bahasa yang sebaik mungkin, ya! Selamat maju jaya!

26.2.08

Blog Terbaik - Tiga Pemenang Setiap Peringkat

Syabas !!!!!

Kamu berjaya mencipta blog atau diari alam maya kamu sendiri.
Cg akan menembusi blog kamu pada cuti penggal bulan Mac 08.

Kriteria blog terbaik:
1. mutu entri/kemasukan/diari/jurnal( 7 hari saja)
2. layout/ susunan blog

Semoga berjaya! Yeh!

18.2.08

Si Ayu Mengusik Kalbu

Sila saksikan si manja menawan hati sesiapa saja.

Anak - Dialah Penawar Dialah Racun

Si kembar ketika berusia 6 bulan pada Disember 07.
Tiga orang anggota kumpulan nasyid berlatih di tepi kolam renang.
Kembar ketika si ibu dalam pantang.
Bariah & Bakhtiar berusia 3 hari.