Keluarga Bahagia

27.2.08

Terima kasih

Cg ucapkan ribuan terima kasih di atas komen, pandangan, pendapat serta pujian para pelajar. Cg bersyukur ramai pelajar sedar akan etika meluahkan perasaan dalam jurnal maya serta halal dan haram 'berblogging' ini.

Cg harap para pelajar memanfaatkan wadah ini. Tulis apa saja yang kamu rasa, alami, fikirkan, ramalkan serta pandangan kamu terhadap kejadian seharian baik peringkat diri sendiri, masyarakat, negara mahupun dunia.


Gunakan bahasa yang sebaik mungkin, ya! Selamat maju jaya!

26.2.08

Blog Terbaik - Tiga Pemenang Setiap Peringkat

Syabas !!!!!

Kamu berjaya mencipta blog atau diari alam maya kamu sendiri.
Cg akan menembusi blog kamu pada cuti penggal bulan Mac 08.

Kriteria blog terbaik:
1. mutu entri/kemasukan/diari/jurnal( 7 hari saja)
2. layout/ susunan blog

Semoga berjaya! Yeh!

18.2.08

Si Ayu Mengusik Kalbu

Sila saksikan si manja menawan hati sesiapa saja.

Anak - Dialah Penawar Dialah Racun

Si kembar ketika berusia 6 bulan pada Disember 07.
Tiga orang anggota kumpulan nasyid berlatih di tepi kolam renang.
Kembar ketika si ibu dalam pantang.
Bariah & Bakhtiar berusia 3 hari.





11.2.08

Keluargaku Syurgaku





Sila dengar lagu Keluarga Bahagia nyanyian Saujana ini.



Apakah perasaan kamu ketika mendengar lagu ini?




Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarkanlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Selamat Datang Ke Blog Cg Fazilah

Cikgu pasti ada di antara kalian yang lebih canggih dan hebat dalam blog ini. Cikgu harap ada yang sudi memberikan maklum balas agar blog cg juga lebih canggih dan menarik.
Jadi bagi yang baru cuba, apa perasaan kamu?
Bagi yang sudah mahir, apa yang seronok simpan blog ini.
Sila kongsi pengalaman kamu ini.

5.2.08

Anda ada komen untuk membuat blog ini lebih mesra?

2.2.08







Inilah 'Charlie Angels' Cikgu.







Bos Dan Charlie ....













































hello(: